Refleksi Bengkel Web 2.0.

image image

image

Bengkel web 2.0 yang telah diadakan dapat membantu guru-guru tunas permata penggunaan wallwisher dan prezi dalam pengajaran mereka. Survey monkey juga digunakan untuk penilaian bengkel diadakan di mana soalan di hantar ke emel mereka. Guru- guru diberi manual dan diberi peluang hands on untuk mencuba mencipta prezi presentation masing- masing dan wallwisher. Keseluruhannya, bengkel berjalan lancar pada hari itu

Refleksi Aplikasi Twitter, Facebook & Youtube

Twitter adalah satu laman sosial pada hari ini yang digemari ramai khusunya golongan muda. Ini kerana fungsinya yang mudah dan ringkas. Twitter mempunyai ciri tersendiri di mana pengguna hanya mempunyai 140 had character untuk ditulis di ruangan mereka. Ini membolehkan mesej yang ringkas dan padat dapat disampaikan. Twitter boleh digunakan dalam pembelajaran seperti contoh guru boleh mencipta akun twitter mereka dan pelajar menjadi follower. Di sini, guru boleh mengingatkan mereka tentang tarikh tugasan dan menyampaikan maklumat penting. Pelajar juga boleh bertanyakan soalan kepada guru melalu twitter. Ianya lebih mudah dari facebook dan laman sosial yang lain serta menjadi ikutan ramai pada masa kini. Video di bawah menunjukkan applikasi penggunaan twitter.

Facebook pula seperti kita sedia maklum hari ini hampir semua orang mempunyai akaun facebook. Ini kerana fungsinya yang pelbagai dan lebih terbuka.  Facebook membolehkan kita menaikturun gambar,video, menulis status , menberitahu lokasi di mana pengguna berada menggunakan check in, mereka acara, mencari rakan lama, berbual secara langsung di chat box,bermain permainan di atas talian, dan sebagainya. facebook juga dijadikan platform untuk berniaga dan mempromosi produk pengguna itu. Salah satu fungsi facebook yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar dalam pembelajaran ialah facebook group. Melalui facebook group, pelajar dan guru boleh berinterakasi dengan cepat, guru boleh memasukkan bahan- bahan pembelajaran untuk peajar dan pelajar boleh memberi respon atau bertanyakan soalan kepada guru secara terus. Walaubagaimanapun, privasi guru tetap terjaga kerana ianya boleh diatur dan ditukar di bahagian privacy setting.

 

Youtube tidak asing lagi bagi kita semua. Kita sering mencari video- video dan lagu terbaru di laman ini. Dari segi pembelajaran pelajar boleh menggunakan youtube untuk mencari kaedah – kaedah baru pembelajaran melalui channel youtube yang berguna seperti oh my english . Mereka juga boleh melanggan chanel tersebut dan mengikuti video – video terbaru yang dimuat naik . Pengguna juga boleh meninggalkan komen di video tersebut selain memuat turun video tersebut.

Refleksi kebaikan e- learning

E -learning mempunyai banyak kebaikan. Salah satunya ialah ia boleh berlaku di mana sahaja dan bila – bila masa dengan adanya internet akses di kebanyakan tempat seperti restoran, kedai, hospital, pejabat, sekolah dan tempat- tempat awam. Pembelajaran juga boleh berlaku di dalam kereta menggunakan telefon bimbit mahupun tablet. Kebaikan yang kedua ialah pelajar boleh mempelajari apa yang mereka perlu. Mereka boleh mengakses maklumat yang mereka perlu dan mengikut minat masing- masing. Selain daripada itu, e- learning dapat menjimatkna kos perjalanan  dan kewangan. Tambahan pula, pelajar- pelajar dapat belajar mengikut kadar masing seperti contoh di dalam kelas mereka mungkin guru untuk menjelaskan isi tersebut berulang kali tetapi kerana kekangan maka isu tersebut tidak dapat diatasi. Maka, dengan e- learning pelajar dapat mengulang apa yang diajar oleh guru berulang kali . Selain daripada itu, mereka dapat mengakses bahan- bahan rujukan lain untuk ulangkaji di samping mereka dapat mengatur masa yang sesuai untuk belajar. Walaubagaimanpun, e- learning tetap tidak dapat menggantikan seorang guru.

refleksi komponen- komponen e- pembelajaran

E- learning system, e- learning content dan infrastruktur adalah komponen e- learning. E- learning sytem (rumah ) terdiri daripada learning management system (LMS) dan situs portal atau blog kepunyaan pelajar. E- learning content pula terdiri daripada multimedia based content dan text based content yang dimasukkan oleh pensyarah. Infrastruktur atau peralatan e- learning adalah sever and cliet (pc),network media dan teleconference yang diuruskan oleh admin.

Refleksi pedagogi e-pembelajaran

Antara pedagogi e- pembelajaran ialah pembelajaran yang fleksibel di mana pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran mengikut minat masing- masing dalam keadaan yang mdah dan selesa untuk berinteraksi sesama rakan sekelas dan guru mereka. Ianya juga pembelajaran yang aktif kerana pelajar dapat bertanya secara terus, dapat meningkatkan motivasi pelajar dan sesuai dengan tahap masing – masing. Pembelajaran sosial juga berlaku di mana pelajar belajar menerusi konteks sosial dan dapat menaikkan motivasi, tumpuan serta kebolehan mereka untuk menyertai bidang pendidikan. Selain daripada itu, e- learning melibatkan pembelajarn kerjasama atau pembelajaran rangkaian di mana pelajar bekerjsama dengan pelajar lain untuk melaksanakan tugasan dan mereka dapat bertukar idea selain berkomunikasi. Tambahan pula ini iaah sejenis pembelajaran tidak formal dan pelajar tidak didorong oleh orang luar di dalam diri mereka dan semulajadi. Kemahiran pembangunan multimedia dapat diterapkan apabila pelajar dapat mempelajari pelbagai jenis teknologi seperti komputer riba,papan kekunci, tetikus, online conferencing, online forums dan online joint collaboration. Pengetahuan mereka akan lebih bertambah dan berkembang.  Juga, pembangunan pelbagai literasi dapat dilihat melalui tugasan yang memerulakn non text format seperti excel, powerpoint, photo editor, prezi, dan sebagainya.Akhir sekali ialah pembangunan pemikiran kritikal di mana pelajar perlu mahir dengan penggunaan emel, chat box, forum yang memerlukan interaksi intelektual yang tinggi dan efisien.

refleksi teori-teori pembelajaran dalam e-pembelajaran

Berdasarkan video youtube yang dipaparkan, salah satu teori di dalam e- learning ialah social learning theory di mana pelajar belajar dengan baik dengan persekitaran sosial. Malahan, menurut Vygotsky (1962) ‘higher order learning’ memerlukan interaksi sosial and elemen komuniti. Ini menunjukkan e -learning yang melibatkan interaksi sosial adalah salah saatu cara pelajar dapat menimba ilmu dengan baik. Engagement theory pula mengesyorkan interaksi manusia melalui aktiviti berkumpulan. ‘Engagement’ dapat berlaku apabila mereka bekerja dalam satu kumpulan yang bekerjasama untuk menyempurnakan projek dan dapat digunakan dalam situasi sebenar di dalam kehidupan.menurut Kearsley dan Shnedeirman (1999) , teknologi dapat meningkatkan dan menyediakan ‘engaged learning activities’.Ini melalui maklumbalas dan respon yang diberikan oleh pelajar dan tenaga pengajar melalui e learning.

refleksi e- pembelajaran

Electronic learning atau e -learning adalah satu cara pembelajaran baru yang menarik . Cara pembelajaran yang memerlukan internet ini bukan sahaja menrik malah dapat menarik minat lebih ramai pelajar kerana penggunaan teknologi berbaning cara lama yang konvensional.Ianya juga cepat dan pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa dengan adanya teknologi yang canggih dan rangkaian internet yang pantas. Melalui e- learning juga, ibu bapa  boleh memantau pembelajran dan aktiviti akademik anak- anak mereka dari tempat kerja atau di mana jua mereka berada melalui telefon bimbit, iPad atau komputer riba mereka. Pembelajaran juga boleh berlaku dengan lebih berkesan kerana gambar, animasi, muzik, dan video boleh dilihat secara terus dan menarik. Selain daripada itu, guru- guru boleh berinteraksi dengan pelajar- pelajar untuk memberi respons.Ini adalah cara pembelajaran baru yang menjadi trend pada masa kini di semua peringkat pendidikan khususnya peringkat universiti.